Welcome

Saturday, June 9, 2012

Test Trail Jamboree MTB SP SAZA 2012


Kepada pengunjung blog ini harap maklum saya kini sudah berada di tanahair maka lintas langsung kayuhan dari bumi Oman pun telah berakhir sejak sebulan yang lepas.Sepanjang berada di sini banyak juga kayuhan2 yang tak sempat saya updatekan maklumlah macam2 hal luaran mengganggu.
Antara kayuhan yang disertai ialah Jitra Fun Ride dan Jamboree Bukit Gantang yang terbaru.Aktiviti hujung minggu tak kurang juga menariknya bila melayan trail CP3 Jitra dan trek Birut Jamboree.
Pada kayuhan kali ini membuat test trek Jamboree MTB SP SAZA yang akan berlangsung pada 14 July depan dengan penyertaan setakat ini sebanyak 1300 orang.Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dengan kerja kuat dalam membuat promosi tersebut.
Seramai lebih kurang 26 peserta membuat trail test hari ini dan kami hanya melalui sebahagian daripada trail jamboree yang sebenar oleh sebab faktor masa.
Trail ini keseluruhannya boleh dikatakan berbeza juga dengan trail2 bagi jamboree ditempat lain dimana purata trailnya memberi kelebihan kepada peserta untuk membuat pecutan.Jalan off road yang agak luas tidak menghalang rider untuk memotong peserta dihadapan dan hanya sedikit sahaja single trek.
Gambar sekitar trail






Berehat sebentar selepas climbing yang pertama setelah memasuki jalan off road dan seterusnya melayani downhill jalan simen dan dinasihatkan rider supaya tidak terlalu teruja kerana faktor jalan yang agak licin jika  jalan basah.
Seterusnya melayan trail ladang sawit yang agak panjang sebelum memasuki jalan tarmac yang kedua dan memasuki semula jalan ladang.
Lagi gambar..







Selepas melepasi off road ini rider akan bertemu sekali lagi jalan tarmac untuk menghadapi satu halangan yang lebih mencabar iaitu pendakian bukit yang lebih dikenali sebagai Bukit Pengsan dikalangan rider SAZA.Jadi dinasihatkan kepada rider supaya menyimpan sedikit tenaga pada awal kayuhan supaya disini anda tidak akan dipintas dengan mudah oleh rider dibelakang.




Selepas membuat pendakian disini kami membuat kayuhan pulang menggunakan laluan yang sama.Untuk sambungan trail seterusnya akan diadakan pada 16 hb june nanti jika tiada sebarang perubahan jadual.Jadi kepada yang berminat bolehlah datang layan bukit ini nanti.
Pemilihan tayar yang sesuai amat digalakkan kerana jika hujan turun sebelum hari pertandingan trail akan menjadi lebih becak dikawasan ladang sawit.
See you next trail.Ride to see the nature.