Welcome

Saturday, April 30, 2011

Race Track Ride.

Minggu ini terlepas peluang aku untuk ride bersama2 member Muscat Cycling Club.Last minit kena out station pulak lebih kurang 560 Km dari tempat aku.Walau bagaimanapun sempat berkayuh bersama2 pengayuh tegar dari Malaysia..haha kira ok la tu yang penting kata orang mau kayuh saja walaupun badan letih travel dari jauh sehari sebelum tu.
Pada musim panas ini keadaan nampak lebih berjerubu akibat tiupan angin yang membawa debu2 sekitar kawasan pergunungan.Kayuhan waktu petang adalah lebih menarik daripada waktu pagi kerana cuaca lebih berangin.Saudara Azmi nampak makin bertambah performance untuk melakukan uphill..
Kehadiran Cik Zul dan isteri yang merupakan ride terakhir untuk isterinya kerana akan balik ketanahair minggu ini...Akan datang kembali dalam masa terdekat selepas urusan keluarga selesai.
Sekumpulan kaldai liar sentiasa menarik perhatian...kalau boleh makan dah lama hilang...hehehe..
Tak banyak gambar aku snap kali ini asyik layan trail...Seperti biasa habis layan trail aktivi mengisi perut menyusul...Kali ini layan Puri Baji ..kat tempat kita orang paggil apa pun aku tak tau..roti bom kot hehehe..
Kalau kena dengan kari ayam terangkat nie..tapi ini adalah vegetarian restaurant ...kena dengan kuah sayur la...haha
See you next trail.Ride to see the nature.

Sunday, April 24, 2011

MTB Track 1 Ride

Lokasi trail ni tak berapa jauh dari MTB Race track, dalam satu mukim yang sama kata orang.Apa yang menarik trail ini lebih cantik dari segi mukabuminya dan trail yang bercampur2 mendatar dan pendakian.
Lebih kurang 16 orang rider yang mengambil bahagian termasuk beberapa orang muka baru.
Kayuhan pada mulanya rancak tetapi kehadiran rider baru yang belum cukup stamina melambatkan pergerakan.Macam permulaan aku join dulu la tapi rasa2nya mereka tidak bersedia langsung kerana kayuhan off road amat berbeza dengan kayuhan tarmac.Penggunaan gear yang tidak betul juga menyebabkan mereka cepat letih jadi terpaksalah diadakan satu sessi penerangan dan pengendalian.Ini yang aku respek sekali kepada chief kami yang sentiasa menolong dan memberi tunjuk ajar.
Gambar2 sekitar trail ini...
Akhirnya kami telah berpecah kepada dua group bilamana rider baru tak dapat meneruskan kayuhan dan beberapa orang telah membuat short cut untuk menghantar mereka balik ke kereta.Trail nie taklah terlalu mencabar sangat aku rasa tapi akibat tiada latihan atau stamina memang perit juga hehehe.
Jarak kayuhan sepanjang trail yang kami lalui adalah lebih kurang 25Km saja.Walau bagaimanapun sudah cukup untuk membakar kalori ditambah dengan bahang sauna dari gunung hehe..
See you next trail.Ride to see the nature.

Friday, April 22, 2011

Leisure Cycling

Aktiviti kali ini lebih kepada kayuhan santai meraikan kedatangan isteri sahabat kita iaitu Cik Zul.Trail yang dilalui puratanya mendatar dan lebih rilex saja corak kayuhan.Terdapat juga tempat2 yang berbatu kecil dimana kayuhan amat meletihkan seperti berkayuh diatas pasir.
Lokasi kayuhan bersekitaran MTB Track 2 dan dikawasan inipun tidak banyak sangat DH.
Sambil berkayuh sambil berfoto lumrah bagi setiap sessi MTB hehehe...Layan gambar sekitar kayuhan kami.

Berehat sebentar sambil melihat pemandangan dari atas bukit..cycling and hiking..hehehe
Seterusnya meneruskan kayuhan merentasi wadi dan kawasan bersekitaran...
Skuad kambing tahan lasak sedang keluar mencari makanan..hehehe..ikut pandangan mata kasar memang sangat sukar untuk mencari rumput...
Sempat layan DH sambil menunggu sahabat kita...banyak sangat pitt stop mereka untuk aksi bergambar sekitar trail...hehehe....
Bila masuk saja jalan tarmac terus tersenyum lebar isteri sahabat kita...hahaha..bagi mereka yang pertama kali berkayuh dikawasan ini memang meletihkan..permukaan batu yang tidak rata lebih banyak gegaran semasa kayuhan....

Walaupun jarak kayuhan lebih kurang 15km lebih sahaja tetapi sudah cukup untuk memberikan kepuasan dalam kayuhan...
See you next trail.Ride to see the nature.

Thursday, April 14, 2011

Wadi Mayh Ride

Aktiviti kayuhan kali ini menyusuri sebuah wadi untuk kesebuah kampung yang dikenali sebagai Wadi Mayh.Ini merupakan kali kedua aku berkayuh disini dan pada kali ini kami mengambil keputusan untuk melawat kebun kurma dan kebun sayur penduduk tempatan.Trail yang dilalui adalah off road dan landai tapi jalannya tidak rata dan berbonggol2 amat tidak selesa sekali bagi hard tail bike.
Berada di starting point seawal jam 6.30 pagi kerana cuaca semakin panas sekarang.Lagi lambat bergerak jawabnya jadi BBQ hehehe.
Check point pada kampung yang pertama.Banyak sedut habuk semasa dalam perjalanan sebab lori lalu lalang.Ada yang sporting ada yang laju semacam ja..
Pemandangan lokasi target dari jauh dan layan gambar2 sekitar kampung tersebut.
Sempat layan DH hehehe..sebelum masuk melawat kebun.
Bergambar kenangan dengan Mat Bangla hehe katanya dari Chittagong satu bandar yang pernah aku sampai dahulu.Penjaga setia kebun ini.speaking Arab lagi tu..satu bangsa yang bertuah senang menguasai bahasa dimana saja mereka berada...aku kat sini pun tak reti2 lagi...
Berakhirnya siri jelajah masuk kampung kali ini.Tunggu musim kurma masak pula untung2 dapat bawa pulang sorang sekilo.Ikutkan masa masih awal lagi tetapi memandangkan cuaca semakin panas buat keputusan pulang awal.Pukul 8.00 pagi dah terasa macam pukul 12 tengahari kat Malaysia.
See you next trail.Ride to see the nature.