Welcome

Sunday, January 23, 2011

Oman MTB Race 2011

Negara Oman mula melangkah kearah mempromosikan Negara mereka dalam acara berbasikal bertaraf dunia...Kali ini adalah acara perlumbaan basikal lasak yang dikenali dengan nama TransHajar MTB Race..
Perlumbaan akan berlangsung selama 3 hari dan bermula pada 2 March 2011.Gambar kat bawah nie aku copy saja dari race di Cape Epic yang setaraf dengan penganjuran ini dan muka buminya lebih kurang sama.

Kepada pelumba tegar MTB Malaysia yang berani menyahut cabaran ini bolehlah mencuba.Segala proses pendaftaran anda boleh rujuk dilink ini.....http://www.transhajar.com/home 
See you next trail.Ride to see the nature.

Friday, January 14, 2011

2011 Tour Of Oman

Oman menjadi salah satu Negara bagi pelumba2 road bike handalan dunia memanaskan badan sebelum beraksi pada kemuncak perlumbaan Tour Of France 2011.Kali ini perlumbaan akan bermula pada 15 hb Februari hingga 20 haribulan Februari 2011.

Kepada peminat2 road bike bolehlah datang kesini untuk menyaksikan secara dekat pelumba2 handalan anda.Kat bawah nie aku paparkan imej pada perlumbaan tahun 2010.
Pasukan pada tahun ini yang mengambil bahagian.

TeamCountry
 AG2R LA MONDIALEFRA
 ASTANAKAZ
 BMC RACING TEAMUSA
 FARNESE - NERI SOTTOLIGBR
 FDJFRA
 GARMIN - CERVELOUSA
 GEOX-TMCESP
 LAMPRE - ISDITA
 LIQUIGAS - CANNONDALEITA
 LUXEMBOURG PRO CYCLING PROJECTLUX
 OMEGA PHARMA - LOTTOBEL
 PEGASUS SPORTSAUS
 QUICK STEPBEL
 RABOBANKNED
 SKY PRO CYCLINGGBR
 TEAM HTC - HIGHROADUSA
Semuanya 6 stage melibat daerah2 dalam negara dan pendakian Gunung(Jabal) Akhdar yang paling tinggi seperti Cameron Higland juga. Bahagian2 lain tak berapa banyak sangat pendakian tetapi terdapat dikeseluruhan stage.
See you next trail.Ride to see the nature

Saturday, January 8, 2011

Free Ride

Sepanjang minggu nie tak ada lagi plan untuk untuk rider berkumpul kembali selepas menghabiskan cuti panjang masing2.Walaupun pada awalnya terdapat perancangan untuk mengadakan run and ride tetapi dibatalkan di saat akhir.
Tapi aku kena solo ride juga untuk maintain stamina kata orang jika tak belum masuk gear tiga semput nanti  hahaha...Tengah dok fikir nak layan trail mana member ajak cari kawasan yang menarik sikit sebab depa nak layan dengan kamera...Member aku nie memang dia gila dengan kamera dah ribu riban juga di labur kalau tak silap aku tripod dia saja dah seribu lebih....
Pucuk dicita ulam mendatang la hahaha..dapat la aku jadi model sambil tu layan trail...selama nie dok copy wallpaper orang ja akhirnya dapat juga satu foto yang bertemakan blog aku...
Kami kat trail nie seawal subuh  sebab member nak ambil gambar matahari naik sambil2 tu aku layan la kayuh tiga empat kali buat loop trail lebih kurang 2 km juga satu pusingan...boleh tahan juga la panjat bukit tapi takla tinggi sangat hheheee...
Sempat snap gambar member yang begitu asyik layan matahari terbit...
Sambil2 tu aku layan la trail nie penuh bergaya kata orang..hahaha  maklumlah dah jadi macam model MTB pulak....hehhee
Sambil2 layan trail nie tiba2 datang pula trademark negeri middle east nie...memang sukar nak dapat gambar yang macam nie...
Berbaloi juga kali nie tak dapat ride sama2 rider lain tapi ride dengan group unta la pulak....tercengang cengang unta nie mulanya mungkin tengok sesuatu yang pelik aku dok kayuh basikal...hahaha..
See you next trail.Ride to see the nature.

Wednesday, January 5, 2011

Think twice for carbon

Dok merayau rayau dalam internet nie baca forum carbon vs alloy terjumpalah satu blog yang boleh dikira sangat menarik untuk dibuat rujukan oleh kawan2....Riders sekarang banyak yang dah beralih kepada carbon frame almaklumlah no..memang ringan sekali senang untuk memecut ke garisan penamat atau pun semasa kena tolak naik bukit....
Pelumba2 profesional lainlah basikal mereka semua ada sponser dan orang macam aku nie takut juga kalau2 terjadi seperti yang dipaparkan dalam blog yang aku akan link kan nie....

http://www.bustedcarbon.com/


Banyak lagi gambar2 menarik boleh layan kat blog mamat nie..aku kira tolong promosi la no..hehehe..ada yang berlaku kemalangan tu kira tak boleh nak kata apa la..tapi ada juga yang berlaku semasa menunggang biasa..tu yang tak tahan tu...
Ada fulus banyak no problem semua boleh layan....saksikan sendiri dan buat keputusan bagi yang mahu membeli carbon frame...Mungkin teknologi akan datang mampu untuk mengatasi masalah nie...
See you next trail.Ride to see the nature