Welcome

Sunday, July 31, 2011

Al Berein Ride

Ramadhan semakin dekat menjelma jadi kami mengambil keputusan untuk buat kayuhan last kopek kata orang.Kayuhan ini juga turut disertai oleh pendatang baru untuk mencuba aktiviti berbasikal meredah tanah berbukit bukau yang kering kontang.Beliau ialah Bapak Suyato yang berasal dari Indonesia dan katanya tak terfikir nak berbasikal disini.hehehe..

Dari segi gaya memang sudah secocok..mungkin jika ada minat akan diteruskan lagi katanya...hehee..Kami membuat kayuhan merentasi trail yang tidak pernah dilalui oleh sahabat kita seawal permulaan sekitar 5 km yang pertama.Trail ini lebih landai dan sedikit climbing dan melalui wadi yang tidak beberapa sukar dan sesuai untuk membawa pengayuh2 baru.Seterusnya mendaki kepuncak dataran banjaran yang agak panjang dan amat menarik sekali pemandangan dari atasnya.Sebab itulah trail ini amat memberikan kepuasan kepada aku dan boleh dikatakan setiap kali ride disini kami akan cuba untuk menjejaki laluan yang berbeza2.
Gambar sekitar trail...



Masih banyak lagi laluan2 yang akan di terokai selepas Ramadhan nanti di kawasan ini dan mengharapkan lebih ramai penyertaan muka2 baru.Seperti kata rider2 kita kena kuat buat MLM lagilah..hehehe...
Bila dah ada skill dan stamina kena tinggallah kita hehehe...Jangan tersilap bawa arah sudah nanti nak buat loop pendek jadi loop panjang susah hahaha..
Bukit batu yang unik dan amat menarik sekali dan banyak terdapat disekitar trail..Tapi pembangunan yang semakin menghimpit akan menjadi suatu kenangan suatu masa nanti...

Berjaya juga misi ini walaupun pendatang baru kita terpaksa memuntahkan kahak hijau diakhir pitt stop...hehe..Jadi kami memberitahu beliau inilah akibatnya jika kita masih merasakan diri kita sihat tetapi zahirnya stamina kita amat lemah sekali jika kurang melakukan aktiviti2 bersukan.Jadi amalkan gaya hidup sihat walaupun dimana anda berada.
Kepada pembaca yang beragama Islam saya ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK."...
See you next trail.Ride to see the nature.

Sunday, July 24, 2011

Race Track Ride

Cuti hujung minggu kami mengulangi semula kayuhan di single trail race track.Cuaca yang sedikit berangin pada waktu pagi memberikan sedikit keselesaan sepanjang kayuhan.Seramai lima rider kali ini termasuk isteri saudara Zul yang akan mengikuti siri2 kayuhan seterusnya disini.
Seperti biasa satu loop kecil akan dibuat mengikut permintaan daripada rider kita Rafain dan Nik kerana masih kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri.hehee
Walau bagaimanapun sepanjang kayuhan ini banyak pitt stop dibuat sambil menghilangkan dahaga dan aksi2 berfoto yang tidak akan dilepaskan.Pada pertengahan perjalan Zul dan Isteri telah terpisah dari kami yang lebih dahulu kehadapan.Beliau mengikut laluan trail race yang membawa kepada permulaan kayuhan.
Terpaksalah aku mengejar dengan mengikuti jejak tayar basikal yang dilalui oleh mereka dan membuat pintasan disatu trail lain.Kebetulan mereka sudah melepasi satu downhill yang menarik disitu.
Akibat kesilapan yang tak disengajakan ini maka terserempaklah sekumpulan unta yang masih menghuni kawasan ini walaupun pada hakikatnya banyak rumput2 dan pokok2 yang sudah kering dan keguguran daun.
Kelihatan sedang mengambil angin diatas sebuah kawasan lembah yang cantik pemandangan disitu.
Selepas inilah kami terpisah.

Tengok kepada pokok2 yang keguguran daun rasa2nya tak ada harapan binatang boleh hidup dikawasan ini tetapi mereka telah disediakan makanan tambahan oleh tuanpunya binatang tersebut.Disepanjang trail juga kami telah menjumpai bangkai seekor unta yang telah mati mungkin disebabkan terkena penyakit ataupun faktor usia..
Sehari sebelum kayuhan trail ini kami mengunjungi satu lagi trail yang popular iaitu Al Berein.Disini saudara Zul telah menguji jentera barunya iaitu Trek Fuel EX9.7 dan ternyata mantop sekali katanya sesuailah dengan harganya.
Setiap kali kayuhan di trail ini kami akan mencuba mencari trail2 yang baru untuk membuat satu loop.Jadi seperti biasalah ada kawasan yang terpaksa ditolak untuk mendaki sesebuah bukit hehe..Lagipun inilah dunia MTB yang telah sinonim dengan nama Mesti Tolak Basikal...hehee
Gambar sekitar trail pada hari tersebut...



Walaupun penat tetapi kepuasan diperolehi.Apa yang penting kayuh untuk kesihatan.
See you next trail.Ride to see the nature.

Friday, July 15, 2011

Al Juffainah Ride

Pada keadaan suhu mencecah 42 C semangat nak berkayuh diteruskan juga dengan kehadiran rider seramai 5 orang. Banyak rider yang mengambil kesempatan untuk bercuti ketika keadaan cuaca yang panas disini untuk pulang kenegara masing2.
Semakin hari semakin kering kontang kawasan ini,angin yang bertiup membawa bahang panas yang menyegarkan hehehe...Layan ajalah janji kayuh sambil bersauna free membakar lemak dengan lebih cepat...
Kayuhan kali ini juga telah memberikan kami semua pengalaman baru iatu liquid anti tayar bocor aku telah bocor diluar tayar.Ini disebabkan duri yang agak besar telah menyebabkan liquid tersebut bocor hingga keluar dan mencari lubang2 kecil pada tayar utama...Tapi memang mantap penggunaan liquid ini aku masih boleh berkayuh tanpa masalah pertukaran tiub tayar yang baru kerana cecair tersebut membeku dan menghalang terus kebocoran.
Kepada rider yang selalu menyertai jambori tu pastikan tayar anda mempunyai slime untuk menghalang kebocoran..terbukti berkesan sekali...
Posting kali ini aku sertakan beberapa aktiviti kayuhan yang tak sempat nak update..
Al Khoud Ride
Seramai 9 rider mengambil bahagian dengan jarak kayuhan 25 Km menerusi wadi,kawasan berbukit dan melalui kawasan penduduk sekitar.
Cuaca bukan menjadi penghalang utama jika sudah masuk kategori pengayuh tegar hehehe..Asal ada peluang saja mesti kayuh juga akan datang pula nanti Bulan Ramadhan maka kena pulun habis2 la masa terluang sebelum berehat sebulan.
Juga kayuhan selepas ini kita akan melihat jentera baru rakan kita Trek Fuel EX 9.7 akan beraksi membelah bukit batu.Tungguuu...
See you next trail.Ride to see the nature.

Saturday, July 2, 2011

MTB Race Track 1 Ride

Ini merupakan kayuhan hari kedua kepada member kita untuk explore kawasan berbukit bukau disekitar MTB Race trail.Tujuan kami membawa mereka disini kerana dapat belajar serba sedikit teknik tunggangan dikawasan yang mempunyai uphill,downhill,melalui wadi dan kawasan berpasir.
Cuaca pagi ini juga baik tidak terlalu panas melampau seperti sebelum2 ini yang menyebabkan kita cepat letih.
Prestasi rider baru kita juga menunjukkan peningkatan hehehe..mungkin dah kendur urat2 yang sebelum ini tegang kerana tidak banyak melakukan aktiviti2 lasak.
Gambar sekitar trail...
Tahniah kepada member baru kita kerana berjaya menamatkan kayuhan salam pengenalan kali ini.Bagi aku,Azmi dan Zul sentiasa mengalu-alukan sambutan daripada kenalan Malaysia yang ingin mencuba dunia berbasikal bukit ini adalah dipersilakan.Lagi ramai lagi bagus sambil melupakan sekejab kesibukan tugas setiap hari di pejabat ataupun dimana sahaja.
See you next trail.Ride to see the nature