Welcome

Friday, November 26, 2010

2nd ASIAN Beach Game

Aktiviti berbasikal tergendala sedikit kali ini kerana aku sibuk melayan projek segera untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi di beberapa tempat untuk acara sukan ini berlangsung.Maklumlah semua nak cepat disiapkan sebelum kejohanan bermula iaitu pada 8 hb Disember hingga 16 Disember 2010.
Sekarang semua projek telah selesai diharap aktiviti aku akan berjalan balikla seperti biasa.Tengok blog kawan2 sentiasa update dengan event yang tak berhenti-henti.Kira beruntunglah dapat menyertai setiap jamboree.
Gambar dibawah salah satu lokasi yang akan berlangsung sukan ini..

Kira bangga jugalah tengok bendera Malaysia berkibar kat bumi orang nie.Kepada peserta Malaysia yang akan mengambil bahagian diharap dapat membawa pulang pingat emas.
"MALAYSIA BOLEH"
See you next trail.Ride to see the nature.



Tuesday, November 16, 2010

EID AL ADHA - EID MUBARAK

Salam untuk semua sedara Islam tak kira dimana.Selamat menyambut Eid Adha and Eid Mubarak to all.
See you next trail.Ride to see the nature.

Sunday, November 14, 2010

Red Bull Jabal Thrill

Inilah julung kalinya event yang terdapat disini dalam acara sukan berbasikal MTB.Jumlah penyertaan tak ramai lebih kurang 21 orang saja dan pendaftaran adalah percuma sponser dari Red Bull.Kalau event nie kat Malaysia mahu cecah ribu nie...hehee..


Selepas sessi trial ada tiga orang tarik diri akibat terjatuh dan basikal problem.Bawah nie boleh la tengok bagaimana ngerinya trek kami.Ini bukan batu main2 ini batu betul2 batu keras ketuk dengan cangkoi pun belum tentu boleh pecah..hehee..tapi kat sini kira dah nak sampai ke garisan penamatlah...

Gambar atas pemandangan dari bawah starting point.Dibelah kanan belakang banner..kira 90 darjah juga la kecuraman..
Perlumbaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu individu dan 3 orang serentak.Dibawah gambar aksi2 kami sepanjang event berlangsung.


Peserta remaja tunggal baru berusia 12 tahun tapi mempunyai semangat yang kuat jugalah.
Aksi juara bagi kategori 3 orang serentak dibawah..memang layak menang pun banyak pengalaman nie.Tengok kepada pakaian pun memang ada ciri2la main downhill tak macam kami.Kategori individu tak sempat nak snap.
Acara penyampaian hadiah dilakukan diatas bukit,tak sempat aku nak manjat sebab cari posisi untuk rakamkan gambar bagi acara berkumpulan.
Starting point bagi acara 3 peserta serentak lebih rendah sedikit kerana kedudukan trek yang agak lebar untuk pelumba dapat memotong satu sama lain.

Bukit nie pun boleh tahan juga kecuramannya,hampir terbabas juga aku semasa sessi training.Ada juga orang tergolek semasa perlumbaan kategori individu tapi kira calar sikit2 saja sebab semua pelumba ambil langkah berhati...
Lagi gambar sepanjang trek yang sempat di snap..banyak gambar tak sempat nak upload dari penganjur Red Bull.
Jadi keseluruhan event ini berjalan dengan baik walaupun kurang  mendapat perhatian dari penduduk tempatan.Yang banyak menyaksikan adalah warga luar..Geng2 tempatan nie kalau ada lawan unta memang penuhlah hahaha...Jadi tujuan sebenar sukan berbasikal ini adalah untuk memberikan sesuatu yang baru dalam bidang sukan buat penduduk tempatan.
Akhbar memang membuat liputan yang cukup baik.Mungkin suatu hari nanti sukan ini akan mendapat tempat dihati mereka.Terima kasih sekali lagi kepada sponser utama Red Bull yang memang terkenal seantara dunia.
See you next trail.Ride to see the nature.

Wednesday, November 3, 2010

Beach Ride

Agak lama tak update blog asyik sibuk dengan kerja..Tengok blog kawan2 semua cerita pasal banjir kawasan Utara yang telah menempa satu lagi sejarah banjir terburuk selepas tahun 2005.
Kepada kawan2 MTB atau Road bike tu jangan cuba2 pulak berkayuh melawan arus nanti tak pasal2 hanyut dibawa arus..
Kembali kepada aktiviti mingguan aku kali ini yang juga menempa satu sejarah buat diri akula berkayuh di sepanjang pantai diatas pasir.Jarak kayuhan keseluruhan lebih kurang 10 Km di persisiran pantai dan 10 Km lagi  tar road.
Walaupun nampak mudah tetapi kudrat yang digunakan sama seperti kita mengayuh menaiki bukit..memang cukup2 memerlukan stamina yang kuat...

Perjalanan bermula.....
Pantai kat sini memang mempunyai kawasan yang agak luas jadi tak jadi masalah melintasi setiap kawasan..kami cross juga kawasan geng2 tengah main bolasepak pantai....kehadiran group kami memang menjadi perhatian la kerana jarang2 orang buat hahahaa..
Walaupun nampak mudah tapi disini kena ada juga teknik2 yang kita mesti tau..aku pun awalnya beberapa kali gak tayar menggali pasir hehe..tapi member2 kita nie dah ada pengalaman kata mereka kayuh kat pantai nie macam kayuh kat atas salji....jadi kita mesti menggunakan gear yang rendah sebab tu aku kata macam kayuh naik bukit ja....tapi ikut kesesuaian andalah jangan terlalu rendah sangat nanti cepat letih..agak2lah  kata orang...
Member kat depan nie merupakan chief kita orang..dialah yang akan membuat servey setiap trek bagi aktiviti mingguan..memang banyak pengalaman dalam MTB nie...
Letih beb kena berhenti juga ..hehe.. minum air tak tau banyak mana hahaha..
Gambar dibawah nie ketika selepas kami menceroboh kawasan larangan.hehe

Kelihatan security kawasan tersebut bertopi putih dah mai sound hehehe..tapi sebenarnya kawasan nie taklah benar2 digazetkan seperti sesetengah kawasan pantai di Malaysia yang memang tak boleh diceroboh langsung...sebab tu kami bedal juga...
Kayuhan kali ini aku telah bertemu dengan seorang geng dari Malaysia..sebelum nie memang ada member dah bagitau tapi aku terlepas banyak trip kerana sibuk dengan tugas...
Kami tiba diperhentian terakhir sepanjang pantai,rilex dulu sebelum memulakan kayuhan di jalanraya pula...

Semasa dalam perjalanan pulang nie kami telah berpecah kepada dua group satu menggunakan laluan pantai dan satu lagi jalanraya..aku macam biasala tak mampu dah nak ikut laluan pantai tinggal lagi member2 yang terkenal dengan pengayuh tegarlah kata orang yang ikut  laluan pantai..
Akhir sekali kami bertemu kembali diwarung kopi Pak Mat...bukan Pak Mat Malaysia tapi Mat Indialah kat sini yang paling ramai.Nama turki tapi geng India yang keja....hehehe
Jadi berakhirlah siri jelajah pantai kali ini..member2 kita kat Malaysia yang belum pernah mencuba tu boleh try tengok untuk merasai kenikmatan kayuh santai hehehee...jangan sampai pasir naik atas kepala kawan sudah...Aku rasa kawasan pantai timur tu best kot sebab pantainya mungkin luas sikit berbanding pantai barat..bukan apa takut terlanggar minah saleh dok berjemur...hehehe..
See you next trail.Ride everywhere to see the nature.